Sunday 15 July 2012

PPG - BMM 3105 BAHAN P&P

 

ETIKA   PENGGUNAAN KOMPUTER

Ø Bidang mengenai penggunaan computer yang betul (panduan).

Ø Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau dilema yang membabitkan etika   penggunaan computer dalam era maklumat.


                GARIS PANDUAN  
              HAK AKSES PENGGUNA 
Satu kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan.

MEMILIH LAMAN 
Berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang di benarkan.

PENGESAHAN MAKLUMAT 
Ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet
hendaklah juga dinyatakan.

MUAT NAIK BAHAN 
Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.


MUAT TURUN BAHAN 
Dibenarkan keatas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan dibawah
hak cipta terpelihara.

PERBINCANGAN AWAM
Kandungan seperti forum, newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat
pengesahan daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada dasar dan tatacara yang
telah ditetapkan.



Rukun Etika
Sepuluh  perintah tersebut adalah panduan kepada pengguna dan professional       computer oleh Computer Ethics Institute seperti :-
  • Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain
  • Tidak menganggu kerja komputer orang lain.
  • Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  • Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  • Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  • Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  • Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenran.
  • Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  • Memikirkan kesan social program atau system yang dibangunkan.
  • Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
 


MASALAH MORAL DAN ETIKA
VIRUS
Penyebaran virus boleh menyebabkan kerosakan pada sistem , data, perisisan melumpuhkan rangkaian komputer
.

PERISIAN CETAK ROMPAK

Maklumat yang diperolehi tidak mendapat kebenaran pemilik asal dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

HAK CIPTA

Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah satu dari undang-undang hak cipta. Keizinan daripada yang sah adalah diperlukan

PENGERTAK (CRACKER)

Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem computer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan. Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisisan yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.


PENYALAHGUNAAN INTERNET

Konsep langit terbuka yang dilaksanakan di Negara kita telah membawa banyak implikasi buruk kepada para pengguna internet terutamanya dalam kalangan remaja.